Tuesday, July 23, 2019

Walau hanya RM1 …




Ia masih duit .. di tempat saya, kuih masih boleh didapati dengan harga 4 RM1. Nasi lemak RM1 pun masih ada, dan sedap pula tu…. Berbanding dengan sushi yang berharga RM2 satu, lagi untung beli kuih kan … Tapi ia terpulang pada tekak dan kocek masing - masing.  

Walau hanya RM1, jika dikumpulkan, ia akan tetap boleh banyak, walau ambil masa yang lama, walau rasa ia sedikit … Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan membazir, dan berjimat sedaya mampu.

Tudung RM100 dan RM10 tak berbeza pun fungsinya, tapi dengan beza RM90, macam-macam boleh dibuat. Kalau sehelai tudung dapat jimat RM90, bayangkan lebih daripada sehelai … Tapi ia bukan mudah, sebab nafsu selalunya melangkahi akal …

Begitu juga dengan lain-lain barang. Tapi, memang susah nak berjimat kalau hati tak kental, tak kuat, dan tak biasa … Jadi, perlu biasakan yang baik, dan jauhkan pembaziran yang kurang baik.
Ini pun peringatan untuk diri sendiri..

Jangan risau apa orang fikir bila kita pakai barang murah, sebab kocek kita , kita punya. HArgai diri sendiri sebelum kisahkan apa orang fikir. 


Jom Selesaikan Hutang Dengan Awal

Diambil daripada Fb Mufti Wilayah Persekutuan






Mengenai Hutang  " Hutang pinjaman bank adalah sama seperti hutang yang lain. Justeru itu, ia termasuk dalam ancaman terhadap hutang yang disebutkan oleh Rasullah".

Hutang perlu dibayar. Hutang perlu diurus dengan baik, agar tidak terbeban dengannya. Ada hutang baik, ada hutang jahat.

Tapi, ramai antara kita tersepit dengan bebanan hutang. Jadi, kita perlukan pertolongan untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Jangan malu untuk meminta pertolongan, tapi bukanlah dengan meminta-minta, tapi belajar cara untuk membayar hutang dengan segera...Ada banyak cara dan kaedahnya.

Cara paling mudah adalah dengan belajar daripada mereka yang pernah melakukannya dan dipercayai kelebihannya. COntohnya penyelesaian hutang adalah seperti di bawah ini.


Video ini adalah daripada Encik Zaidi Ismail. Jika nak belajar lagi bagaimana dia membantu menyelesaikan hutang, boleh tonton klik SINI


Monday, July 22, 2019

Konsep Rezeki Oleh Hamka

Rezeki oleh Hamka

Dipetik daripada FB ABE Nazz
 
Hamka, seorang ulama dan sasterawan Indonesia pernah berkata...

  -Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nakkan, tapi pabila kamu terima apa yang Tuhan anugerahkan.

Kamu belajar tentang sirah. Tahu Mariam tak berkahwin tapi dapat anak. Itulah rezeki dia.



Kamu tengok pula sirah Saidatina Aishah. Kahwin tapi tak dapat anak. Itu pun rezeki dia.


Allah hantar Nabi Musa ke istana Firaun sebagai anak angkat untuk membawanya ke syurga. Tetapi tetap juga Firaun menjadi manusia paling celaka yang memilih neraka

Allah menghantar Nabi Nuh untuk menyelamatkan kaumnya tetapi anak dan isterinya sendiri derhaka dan enggan menerima dakwah baginda.

Makanya, pelajari lah sesuatu dari kisah-kisah seperti itu. Sungguh! Kamu akan faham bahawa rezeki masing masing tidak sama. Semua ada pro dan kontranya!

Orang yang ada suami, ada isteri, ada anak ni bermakna ada tanggungjawab juga. Mudah mendapat pahala. Tapi mudah juga mendapat dosa.




Yang tak bertemu jodoh, yang tak dikurniakan zuriat pun satu rezeki juga. Rezeki terlepas dari tanggungjawab dan risiko nak menjawab di hadapan Allah nanti.




Jadi, sebelum kamu terus mengeluh tentang itu dan ini, kamu kena faham dahulu konsep rezeki. Ada, tak semestinya untung. Tak ada, tak semestinya rugi.




Kamu dapat apa yang kamu nak, tak semestinya kamu boleh terus bergembira. Kamu tak dapat apa kamu nak, tak semestinya kamu tak boleh berbahagia.



Takdir Allah ni misteri sifatnya. Entah-entah airmata redha yang kamu titiskan dalam mengharungi rasa kecewa itulah yang menghanyutkan kamu ke syurgaNya.




Justeru, Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat apa kamu nak. Tetapi bila kamu terima apa yang Allah kurniakan.


Kamu hanya akan bahagia sekiranya kamu terima pemberian itu dengan penuh redha.



Semoga nasihat Hamka ini bermanfaat. Until Then, Marilah Kita Bersyukur dengan Rezeki Yang Dikurniakan Kepada Kita Selama Ini dan Hari Ini

Tip Jimat - Guna Sahaja apa yang ada


Guna sahaja apa yang ada …

Tak apa, sekarang ni kan matlamatnya nak gemukkan simpanan, jadi, belanja perlu dikurangkan … Jadi perlu jimat …

Cara pertama dan paling mudah nak jimat adalah dengan menggunakan apa yang ada … jangan tambah barang, jangan terikut dengan kawan …

Kalau ada bekas makanan yang masih elok, gunakan lah itu, begitu juga dengan pakaian, tudung, baju, seluar …  tak perlu nak tambah2 lagi ….

Ingat, aim kita nak jadi kaya, bukan kelihatan kaya

Nak buat pelbagai jenis tabung? Tak perlu beli tabung, guna sahaja bekas tertutup yang ada di rumah tu ….

Belajar berjimat, belajar lokek dengan diri sendiri, dan kesannya akan balik semula pada diri.

Menyimpan itu asas kumpul harta


Sebelum terasa nak kaya, nak banyak duit, nak buat pelaburan, asas pertama dalam pembelajaran kewangan adalah kuatkan hati untuk menyimpan …. Sebab menyimpan itu susah jka tiada tekad yang kuat .

Sebab apa menyimpan perlu tekad yang kuat, adalah .... Buat apa menyimpan bila duit itu boleh digunakan untuk macam-macam seperti beli barang, beli makanan, tengok wayang dan senarai yang boleh digunakan dengan duit adalah tidak berkesudahan.. jadi, memang susah untuk menyimpan.Susah nak kawal dan lawan nafsu jika hati, mental tak kuat ...

Jadi, unutk kumpul harta, perlu  usaha untuk menyimpan, baru boleh pergi ke langkah seterusnya, iaitu belanja…Simpan lah sebanyak mana yang mampu, ikut kemampuan diri, tanya diri sendiri kemampuan menyimpan itu, bak kata pepatah, tepuk dada, tanya selera ...


Lagi banyak yang boleh disimpan, lagi bagus….maksudnya, perlu kurangkan belanja …
Sebab itu perlu faham konsep keperluan dan keinginan… Mahirkan konsep ini untuk kesenangan masa hadapan.