Guna sahaja apa yang ada …
Tak apa, sekarang ni kan matlamatnya nak gemukkan simpanan,
jadi, belanja perlu dikurangkan … Jadi perlu jimat …
Cara pertama dan paling mudah nak jimat adalah dengan
menggunakan apa yang ada … jangan tambah barang, jangan terikut dengan kawan …
Kalau ada bekas makanan yang masih elok, gunakan lah itu,
begitu juga dengan pakaian, tudung, baju, seluar … tak perlu nak tambah2 lagi ….
Ingat, aim kita nak jadi kaya, bukan kelihatan kaya
Nak buat pelbagai jenis tabung? Tak perlu beli tabung, guna
sahaja bekas tertutup yang ada di rumah tu ….
Belajar berjimat, belajar lokek dengan diri sendiri, dan
kesannya akan balik semula pada diri.
No comments:
Post a Comment