Ia masih duit .. di tempat saya, kuih masih boleh didapati
dengan harga 4 RM1. Nasi lemak RM1 pun masih ada, dan sedap pula tu…. Berbanding
dengan sushi yang berharga RM2 satu, lagi untung beli kuih kan … Tapi ia
terpulang pada tekak dan kocek masing - masing.
Walau hanya RM1, jika dikumpulkan, ia akan tetap boleh
banyak, walau ambil masa yang lama, walau rasa ia sedikit … Bak kata pepatah,
sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jangan membazir, dan berjimat sedaya mampu.
Tudung RM100 dan RM10 tak berbeza pun fungsinya, tapi dengan
beza RM90, macam-macam boleh dibuat. Kalau sehelai tudung dapat jimat RM90,
bayangkan lebih daripada sehelai … Tapi ia bukan mudah, sebab nafsu selalunya
melangkahi akal …
Begitu juga dengan lain-lain barang. Tapi, memang susah nak
berjimat kalau hati tak kental, tak kuat, dan tak biasa … Jadi, perlu biasakan
yang baik, dan jauhkan pembaziran yang kurang baik.
Ini pun peringatan untuk diri sendiri..
Jangan risau apa orang fikir bila kita pakai barang murah, sebab kocek kita , kita punya. HArgai diri sendiri sebelum kisahkan apa orang fikir.